tittle bar maker

Friday, 30 November 2018

DI MANA PENGHUJUNGNYA

PART 1


J
am berbunyi pada jam 8 pagi menandakan sudah lewat untuk pergi ke kerja. Dengan tergesa-gesa Aliya bangun untuk bersiap-siap untuk pergi ke pejabat.

“Aliya!!! Sudah pukul berapa ni… sudah siap atau belum?” jerit Puan Hamidah dari tingkat bawah.

“Ya! Ya! Sudah siap… Liya nak turun la ni.” Sahut Aliya dari bilik tidurnya.

“Hisy… umor sudah masuk 25 tahun tapi perangai masih lagi macam budak sekolah rendah.” Bebel Puan Hamidah di ruang dapur.

Encik Azhar masuk ke ruang dapur untuk bersarapan segera menegur, “apa yang kamu bising-bisingkan pagi ni idah?” Tanya Encik Azhar sambil menarik kerusi untuk duduk.

“Itulah, anak awak. Dah besar pun masih lagi bangun lambat. Tak tahulah saya kalau nanti esok-esok dah jadi isteri orang macam mana la agaknya.” Bebel Puan Hamidah sambil mencedok bihun goring untuk suaminya.

“Morning mama, morning ayah.” Tegur Aliya sambil mencium kedua-dua belah pipi orang tuanya.

"Ha! baru nampak batang hidung. Sedar tak sekarag sudah pukul berapa? Sarapan cepat." tegur Puan Hamidah sambil menghulurkan bihun goreng buat anaknya itu.

"Hehe... Sorry mama." jawab Aliya sambil menyuap bihun ke mulutnya.

"Ni pergi kerja Aliya nak pergi sendiri atau nak ayah yang hantarkan?" soal Encik Azhar kepada anak perempuannya itu.

"Ayah hantarlah. Nanti petang Abang Long balik nanti suruh dia amk Aliya dekat pejabat tau mama." pesan Aliya kepada mamanya Puan Hamidah.

"Kamu sudah bagitahu abang kamu ke Aliya?'" soal mamanya Puan Hamidah kepada anaknya itu.

Sambil meneguk air Aliya menganggukkan kepalanya menandakan ia kepada soalan ibunya itu.

"Kamu sudah siap makan belum? Nanti lambat lagi sampai ke pejabat nanti." tegur ayahnya Encik Azhar smbil bangun dari meja makan dan membawa beg menandakan beliau sudah bersiap-siap mahu pergi ke pejabat.

Aliy segera bangun dari meja makan smbil membuntuti ayahnya untuk menaiki kereta.

No comments: